Resepi chicken roasted yang patut anda cuba.
Assalamualaikum...
Harini saya nak share dengan kalian tentang menu yang sangat simple tapi pasti akan membuat anda semua terkejut.Rata-rata memang ramai sangat orang suka makan roast chicken ni. Tak kisah la dekat restoran western ke, atau beli dekat pasar raya ke kan, yang pasti memang kalau tengok je whole roast chicken tu mesti buat air liur korang meleleh je.
Jadi harini saya ingin share kan dengan anda semua tentang cara-cara dan resepi yang digunakan untuk membuat chicken roasted. Resepi ni simple je dan tak renyah pon. Kalau korang dah cuba sekali mesti rasa alamak, senang je rupanya nak buat roast chicken ni. Haaa gituuu.
Jadi saya nak share dengan anda semua resepi roast chicken ni atau yang sering dipanggil dalam kalangan orang melayu ialah ayam panggang . Dah jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan step by step cara nak masak roast chicken .
ROASTED CHICKEN
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( dipotong butterfly)
1/2 cawan butter ( nak sedap wajib guna butter😁)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan black pepper
1 sudu makan rosemary
1 sudu kecil garam
2 biji ubi kentang ( nak guna ubi keledek pun boleh) di belah 4
1 batang carrot ( di potong baji)
1 biji lemon ( dipotong bulat bulat)
1/2 cawan butter ( nak sedap wajib guna butter😁)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan black pepper
1 sudu makan rosemary
1 sudu kecil garam
2 biji ubi kentang ( nak guna ubi keledek pun boleh) di belah 4
1 batang carrot ( di potong baji)
1 biji lemon ( dipotong bulat bulat)
Step membuat Roasted Chicken Yang Sangat Lazat
Sediakan Kesemua bahan yang diperlukan seperti diatas
Dipotong besar-besar tanpa dibuang kulitnya
Bawang besar dipotong empat
Kentang dipotong chunky. Ikut saiz yang korang suka. Aku suka saiz sederhana besar supaya dapat kentang banyak
Pecahkan labu bawang puting kepada sebiji- sebiji. Kalau suka sebiji tak perlu potong dua bawang putih ini
Inilah hasil kesemua vegetables yang sudah siap dipotong.Kalau sudah siap kita ketepikan dulu sebab bahan ini akan digunakan pada hasil akhir.
Ayam. Terpulang pada korang nak saiz yang macam mana
Drizzle minyak olive ke atas ayam
Ambil garam dan ratakan di dalam perut ayam untuk perasa. Masuk kan juga black pepper untuk membangkitkan bau dalam ayam
Ratakan garam di seluruh badan ayam
Lepas tuh boleh ratakan black pepper pula keseluruh badan ayam. Kalau yang suka rasa black pepper tuh boleh la letak lebih sikit. Terpulang pada rasa masing-masing
Last sekali untuk seasoning, aku letak mix herbs. Ratakan juga keseluruh ayam. Aku memang suka bau mix herbs ni. Bau dia kuat dan rasa pon lebih sedap
Terbalik kan ayam. Dada menghadap ke atas. Pisahkan antara kulit dengan isi ayam. Masukkan jari di antara kulit dan isi ayam dan buatkan laluan
Potong butter saiz kiub, dan sumbat kan ke dalam laluan yang terlah di buat tadi
Ratakan butter ke dalam dada ayam. Lakukan langkah yang sama di sebelah kiri ayam juga dan ratakan. Kalau yang suka lebih butter tu, sila lah tambah mengikut citarasa korang ye
Bila ayam dah cukup seasoning, masukkan daun bay leaves yang fresh atau dried macam aku ni ke dalam perut ayam. Tak kisah yang mana-mana pon rasa nye tetap sedap bagi aku. Kalau nak lebih rasa herbs boleh letak 2-3 helai
Akhir sekali sumbat kan lemon ke dalam perut ayam dan janagn lupa untuk tekan kan lemon itu supaya jus nya keluar
nilah hasil roast chicken yang telah siap disediakan. Hanya tunggu nak masuk dalam oven sahaja
Lepas tu langkah seterusnya ialah masukan ke dalam oven dan masak kan selama 1 jam 45 minit.After 45 minit keluarkan ayam dan terbalik kan ayam untuk mendapatkan hasil crispy yang sekata. Masuk kan semula dan tunggu lah sampai balance minit korang habis. Cuma nak diingatkan, setiap oven kita ni tak sama. Ada yang jenis dia suhu lain macam. Baru masuk je dah naik rentung ayam kan. So sambil-sambil buat tekan tubi tuh intai-intai lah ayam korang mana tau kot rentung ke kan. Hahaha. Tapi selalu nya elok je takde masalah. So macam mana rupanya ayam korang bila dah masak tuh? Jom kita tengok sekaranggg!
Jadi ini adalah hasil akhir daripada chicken roasted,jadi anda semua dapat membuat ini di rumah sahaja dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan tanpa pergi ke mana-mana restaurant.
jadi saya harap dengan adanya ini dapat membantu anda semua dalam mempelajari ilmu baharu dalam bidak makanan.
Sekian,Terima Kasih.
Jangan lupa untuk follow page saya untuk mengetahui update2 baru
FB : Makan Makan Jerr
Ulasan
Catat Ulasan