Resepi Pulut Serunding
Ini kuih biasa yang orang2 kita makan (tak lupa cina peranakan juga....), mat saja je suka2 nak buat, resipi main hentam saja...memandangkan bulan puasa, nak menentukan tahap rasa tu agak terbatas, cuma boleh main "agak2" berdasarkan pengalaman.....
BAHAN PULUT :-)
BAHAN SERUNDING :-)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN PULUT :-)
- 300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- Santan cair secukupnya
- 1/4 camca teh garam
- 1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN SERUNDING :-)
- 1 1/2 kelapa parut, pilih yang kulit basah
- 1 batang serai, hiris halus*
- 2 ulas bawang putih*
- 5 biji bawang merah*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 biji cili merah*
- 3/4 camca besar ketumbar*
- 1/2 camca teh jintan halus*
- 1/2 camca teh jintan kasar*
- 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
- 2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
- Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
- UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
- UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar mat guna acuan tat jenis bujur yang telah dilenser dengan sedikit minyak, tekan pulut padat2 dan keluarkan perlahan2, hidangkan bersama serunding).
Ulasan
Catat Ulasan