Sotong Bakar Thai Dengan Resipi Sos Paling Sedap


Resepi Sotong  Bakar Thai



Bahan-Bahan:
  • Sotong saiz besar
  • Isi Udang segemgam
  • Telur 1 biji

Bahan Sos:
  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu Gula
  • secubit Garam
  • 3 sudu Cuka makan
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan Kisar Untuk Inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara Buat:
1. Buat inti; Hancurkan isi udang dan Gaul dengan telur dan bahan Kisar.
2. Cara sumbat; Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
3. Cara masak sotong; Bakar sotong sumbat tadi (saya guna pemanggang ajaib sahaja). Kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
4. Cara buat Sos; Blender atau tumbuk dan tumis semua Bahan (boleh tambah bilangan Cili ikut tahap kepedasan yang anda nak). Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Cara hidangan; Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Makanan Tradisi Sabah Yang Patut Anda Cuba Jika Datang Ke Sabah (Unik Dan Menarik!)

Resipi Membuat Kuih Bahulu

Cara-cara membuat kek batik